( Teramat rugilah seorang lelaki itu yang melepaskan
wanita yang 'cantik akhlaknya' kerana terlalu mengejar wanita yang
'cantik wajahnya' )
Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan perasaan hati,
Walaupun penderitaan yang kulalui,
Tapi ak harus tabah dan terus meminta pertolongan Illahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar
manusia.
(Al-An’am: 116).
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi
kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.
Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.