Angry Birds -  Hand

* U may InteRested iN ... *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Pages - Menu

u may interested in

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

* Lelaki 39 isteri *

RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.
RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.
ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia —dan dia berasa hidupnya 'sangat diberkati' kerana mempunyai 39 isteri.
Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantudan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkatyang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: "Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.

"Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanitadan pemimpin keluarga paling besar di dunia." Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplindan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasakdan mengemas rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chanayang lain, anak perempuandan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh —dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan.

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentangdan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahamanyang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteriyang diinginkan.Chanayang dipanggil 'Ka pa' atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chanayang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahamanyang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanitayang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: "Bapa saya mempunyai tujuh isteridan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaranyang berat buat bapa.

"Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan." Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangandan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: "Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini." Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistemyang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chanayang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

"Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin," katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: "Kebanyakan wanitayang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskindan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

"Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa inidan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datukdan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

"Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembiradan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan." Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteridan 13 anak.

* kt sini jiey nk conclude dr info yg jiey dpt nyh...mmg la beliau dikurniakan ramai isteri..xperlah sbb dy bkn muslim..bg yg muslim plak..jgn la wt cm2 ek..mngikut hkum jiey x brani nk bhaskn di sini..tp korg smue msti tahu yg limit bg lelaki untuk b'kahwin hanyalah 4 org mengikut sunnah Rasullullah S.A.W..waAllahua'lam..:DD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment